Sunday, August 8, 2010

Ingat tak mampu nak bayar ke???

Pergh.. Panas Panas Panas... Panas terik betul entri kali ni...

Hi Semua... EEEEEE.. terasa nak emo lak.. Hahhahaa... tak-tak.. misz myza bukan seorang yang cepat panas ataupun cepat marah.. Kalau misz myza marah dan geram, misz myza diam je... Huhuhuhu..

WTH??

Ok la.. tajuk entri kali ni.. Ingat tak mampu nak bayar ke???? Ape kau ingat aku tak de duit??? Hellloo... I ade duit berbilion-bilion okeh!! ( Hahhahaa... menambah je kat belakang tu). Misz myza rasa perkara macam ni mesti pernah berlaku dalam hidup kita.. Betul tak???? Pernah ade suatu situasi di mana contohnya kita pergi ke kedai berjenama, dan ada la seseorang yang berada di situ menyangka kita ni macam tak mampu je nak beli barangan berjenama.. Haish.. geram tul la kalau ada orang berfikiran begitu.

Tapi kali ni, bukan misz myza nak citer pasal barangan berjenama tetapi nak cerita perkara yang biasa je, tak de lah hebat mana pun. Cuma tak faham ada sesetengah orang yang berfikiran, tah la... misz myza pun tak faham. Situasi yang ingin misz myza ceritakan ni berlaku kepada abang misz myza sendiri di salah sebuah kedai makan. Cerita nya simple sahaja tapi bila seseorang melayan kita bukan dengan cara yang betul, ia mungkin boleh menyebabkan salah faham dan mendatangkan kemarahan.

Ok.. sambung balik cerita..So , abang misz myza ni pun pergilah salah satu kedai makan untuk menjamu selera pada waktu tengahari. Biasalah, lelaki kalau makan mesti banyak kan?? Kalau boleh lauk dengan nasi macam gunung Kinabalu.. Itu perkara biasa.. Jadi, masa nak hendak pilih lauk-lauk tu, abang misz ada nampak 2 hidangan ayam goreng. Yang membezakan hidangan tu hanya saiz ayam tu. Ada ayam goreng kecik dan ada ayam goreng besar. Sudah tentulah abang misz myza akan memilih ayam goreng besar walaupun kat dalam pinggan dia tu, dah ade nasi setinggi gunung, ada sayur dan sotong sambal yang banyak (Abang misz myza mmg makan banyak macam raksasa je.


Nak dijadikan cerita, masa abang misz myza habis je mengambil lauk.. ada la tauke kedai tu lalu. Dia pun tegur la abang misz myza, "kenapa ambik ayam besar?? kenapa tak ambik ayam kecik??". Gaya tauke kedai tu seolah-olah macam berkata, Adik.. adik ni tak layak nak beli ayam besar, adik beli ayam goreng yang kecik je.. Takut adik tak mampu nak bayar lak. Hello... misz myza sungguh tak faham dengan mentaliti seseorang yang hanya judge kita dari segi luaran contohnya dari segi pemakaian. Tambahan lagi, masa tu abang misz myza hanya memakai jeans,t-shirt dan gaya rambut panjang sepert Faizal Tahir. So mungkin masa tu, dia ingat abang misz myza ni tak bekerja la so mesti takde duit nak bayar nanti.. Bila abang misz myza dengar je tauke tu kata macam tu, dia terus letak pinggan yang berisikan lauk tu dan blah dari kedai tu terus. Pastu, tauke tu sempat tanya, "nape tak bayar??". Abang pun terus balas, "tak nak makan, tak selera".

So kalau awak-awak semua berhadapan dengan situasi macam ni, apa perasaan awak-awak semua??? Sakit hati kan.

Ada kes yang ke-2, yang ni berlaku ke atas mak misz myza. Mak misz myza pergilah TESCO beli barang-barang basah kan. Lepas tu, mak misz myza ada la beli 2 tin sardin kecik, yang paling murah dan brand tak famous la. Masa kat kaunter pembayaran tu, ada la seorang mak cik dan anaknya yang kecik beratur di belakang mak misz myza untuk menunggu giliran. Masa orang kaunter tu scan harga tin sardin tu, tiba-tiba anak makcik yang kat belakang tu cakap, "Mak, ikan sardin ape tu?? tak pernah tgk pun!". Mak dia pun jawab, " tu ikan sardin murah, kita tak makan pun ikan sardin tu". Oh.. Okeh.. Mak misz myza diam je la bila orang tu cakap macam tu, Malas nak layan. Hello... mak i beli ikan sardin tu bukan tuk bagi makan kat family, tapi nak bagi makan kat kucing kat rumah.. Faham??? Sbb kucing misz myza ni ngada-ngada sikit, Nak makan ikan je... nasi taknak.. Whiskas pun kadang-kadang makan. Dorang suka makan ikan yang fresh-fresh.

Haish.. banyak lagi perkara-perkara macam ni berlaku sebenarnya... Tolonglah ubah pemikiran tu sikit, tak semestinya kita pakai barangan yang biasa-biasa tu, kita tak mampu nak beli barang-barang yang high class!!

6 comments:

Hamzah Ian said... [Reply to comment]

mane ambik gmbar baby tu?? hehe lawak je..

misz myza said... [Reply to comment]

wah.. nama blog kita ni hampir sama la... amik dr pak cik google.. lupe nk letak kredit tuk pak cik google..

iza said... [Reply to comment]

Salam...

Baru pertama kali dgr kucing makan sardin....
Sebelum ni langsung tak terfikir pun...

Macam tu jgk kalau bela arnab import, asyik bagi makan pellet je. Satu hari tu, pellet habis, kat kedai pun licin, try bagi makan kangkung, dia dah tak selera nk makan pellet, nk mkn kangkung je...

misz myza said... [Reply to comment]

iza... hahaha.. bukan bg kucin makan lauk sardin.. just amik ikan dia, then basuh2 supaya kuah sardin tu takde.. bru bg..

teenot said... [Reply to comment]

hahaha..memang selalu jadi pun..mmg ada org yg pndg sinis..betul tu i sokong..xsemestinya kita xmampu beli yg mahal2..

misz myza said... [Reply to comment]

kan??? geram tul dgn org mcm 2.. suka hati kte lah nk beli ape.. murah ke mhl ke.. none of their business..