Thursday, August 26, 2010

Mat Saleh iaitu Belacan dan Paku

Salam semua...

Waduh.. ketika entri ini ditaip, jam kat laptop acer misz myza dah menunjukkan pukul 4.08 am yang bertarikh, 26/8/2010.. Time ni mesti korang tidor tak hengat dunia.. tah ke negara mana tah korang dah terbang... misz myza?? misz myza masih berjaga tuk study demi exam Operational Reseach.. Waa.... Stay up pun bukan study, dok online... contohnya ni la, sempat lagi update blog tu... misz myza nak join satu contest la.. Contest ape?? Hah.. Meh ketuk link ni kuat-kuat..





Tapi sebelum tu, misz myza nak membebel dulu boleh??? Ok la.. kali ni misz myza nak bercerita pasal dua orang sahabat mat saleh(bukan nama dia Saleh, tetapi dorang ni mamat omputeh, fhm??). Dua sahabat ni menggelarkan diri mereka iaitu Belacan dan Paku. Mereka ni tinggal di Sarawak, dan bekerja sebagai Sukarelawan.. Correct me if i'm wrong ok??.. Ape yang best sangat dorang ni sampai misz myza sibuk sangat nak citer pasal dorang ni????

Nanti dulu.. biar misz myza memperlihatkan wajah jejaka dua orang mat saleh ni dulu dan barulah awak-awak tengok video mereka.. Sangat menarik dan tertarik ko mmg Da bomb!! Ahahahaha.. Kelakar la video dorang.. Trust Me!!

belacan dan paku
Yang badan besar tu namanya Belacan, Yang kurus slim tu adalah Paku.
Gambar ini diambil daripada Facebook mereka.. Hehehhe..

Ok.. sekarang ni, kita layan lak video mereka... Sumpah Best!!




Macam mana??? Bangga tak jadi rakyat Malaysia??? Ahahaa... Part best dalam video ni ialah bila dorang ni sebut Mat Saleh dan Pisang Goreng... Siap dengan tarian bagai..So.. kalau korang semua dah berkenan atau jatuh chenta dengan si Belacan dan Paku, misz myza akan bagi facebook mereka dan account you tube mereka.... Alahai.. Belacan-belacan.. Paku-Paku...
Facebook Belacan dan Paku
You Tube Belacan dan Paku

Oleh hal yang demikian, disebabkan penjumpaan video ni dalam youtube dan masih fresh lagi.. misz myza terasa nak join contest satu blog yg famous ni la.. Ahahaha.. (bodek sekejap..). iaitu blog unwanted. Encik Unwanted ni suruh cari yang best je.. tak kira la gambar ke video ke.. yang penting Best!!! Jadi misz myza nak pertaruhkan video yang kat atas tu la iaitu Mat Salleh Belacan dan Paku. Video ini diambil daripada account Belacan dan Paku.. so credit to them.. hehehehe.. Kalau  misz myza terpilih antara pemenang (uishh perasan naa..), harap-harap Belacan dan Paku tak claim hadiah dari misz myza la ek.. Ngeh Ngeh ngeh...


3 comments:

unwanted said... [Reply to comment]

datang tgk contest.:)

mmg dah makin glemer dorg ni..
ada gak tgk youtube dorg masa tu.:)

thanx coz join contest.:)

misz myza said... [Reply to comment]

ala.. dh pernah tgk ke.. bru nak wat suprise.. ahahahaha..

unwanted said... [Reply to comment]

tahniah kerana telah terpilih untuk memenangi contest ohbest.
seperti yang dijanjikan hadiah berupa topup dan banner utk blog akan dipamerkan.
sila hantarkan maklumat berikut ke unwanted86[at]gmail[dot]com

url blog:
no tel:
telco: maxis/celcom/digi
banner blog:berukuran 234 x 60

thanx.:)